Sunday, March 15, 2009

program tarbiah



lawat:http://pembina.com.my/

Tuesday, March 3, 2009

Syuro 1

Syuro 1

Menurut Hussain Bin Muhammad Bin Ali Jabir
(Menuju Jamma’atul Muslimin)

Berdasarkan kedudukan syura dalam Al-quran dan As-sunnah disamping peranannya yang amat besarb dalam mewujudkan system pemerintahan, memandu masyarakat dan memudahkan urusan rakyat dengan tepat, maka para ulama menegaskan bahawa hukum syura ialah wajib atas para penguasa umat islam pada setiap zaman dan tempat

Al-Qurtubi mengutip perkataan Ibnu ‘Athiyah, “ Syura termasuk salah satu kaedah syariat dan dasar hukum. Barangsiap tidak bermusyawarah dengan ahli ilmu dan agama, maka ia wajib dipecat. Tidak ada yang memperselisihkan tentang hal ini.”
Al-Qurtubi juga mengutip perkataan Ibnu Khuwaiz Mindad, “ Para pemimpin waajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas, hal-hal berkaitan perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan dengan kemaslahatan Negara dan pembangunan. ‘

Pengarang kitab tafsir Al-Manar, ketika menafsirkan ayat “ Dan bermusyawarahlah dengan merekan dalam urusan itu” berkata “ Ini ialah perintah kepada pemimpin agar melakukan musyawarah, dan ia wajib kepadanyan.” Sayyid qutb pula berkata “ Ini ialah nash ang tegas yang tidak boleh diragukan lagi oleh umat islam bahawa syura ialah dasar asasi bagi tegaknya system pemerintahan Islam. Islam tidak boleh tegak melainkan dengan prinsip ini.”

Tidak ada percanggahan pendapat dalam kalangan ulama tentang wajibnya seorang pemimpin melaksanaknan prinsip syura. Jika ada perselisihan ialah apakah ia wajib atau sunnah bagi Nabi Muhammad SAW, kerana beliau mendapat wahyu sehingga tidak memerlukan syuro.

Ibnu Mulqan berkata, “ Sesungguhnya bermusyawarahlah kepada para ahli fikir ialah wajib atas Nabi SAW, demikianlah pendapat yang benar menurut para sahabatnya, kerana zahir firman Allah, “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu” (3:159). Hal ini dijelaskan secara terperinci oleh Al-hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Barri. Walaubagaimanapun pendapat ini ditentang oleh Ar-Razi, kemudian beliau mengutip perkataan Imam syafie, “ Sesungguhnya perintah dalam firman Allah, “Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu. “ itu dapat diertikan sebagai sunnah. “

Sebab-sebab pemimpin memerlukan syura:

1. Firman Allah SWT “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu” (3:159).

2. Aplikasi Rasulullah saw terhadap prinsip ini dan para khalifah sesudahnya yang mengikutinya.

3. Kerana Allah swt menjadikan prinsip ini sebagai sifat setiap muslim dalam segala urusannya. Hal ini berdasarkan firman Allah swt, “…dan urusan mereka diputuskan oleh musyawarah antara mereka…” (42:38)

4. Syura merupakan jalan menuju keselamatan daripada kesalahan pendapat, disampjng merupakan penyrmpurnaan bagi kekurangan manusiawi. Ia berfungsi sebagai tempat seleksi bagi setiap pendapat yang ada.

5. Syura dapat mencegah pengusa daripada menetapklan hukum sewenag-wenagnya.

6. Telah menjadi kesepakatan para mufasasir bahawa syira akan menimbulakan kesan yang baik dan kelembutan pada jiwa prang yang bermusyawarah. Hal ini menjanjikan umat saling bersatu dang ber[egang teguh. Azzamah shari berkata, “sesunguhnya para pepmimpin arab tidak bermusyawarah tentang urusan mereka akan mengakibatkan kesulitan pada mereka sendiri”.

7. Syura menjadi wajib kerana kita hidup pada zaman yang mempunyai pelbagai pengkhususan. Setiap spcialist tidak mengetahui bidang diluar pengkhususannya. Oleh kerana itu, musyawarah perlu dilakukan dengan tiap-tiap specialist memberikan cadangan berkaitan urusan kaum muslimin.

Syarat-sayrat anggota syura adalah seperti berkiut:

1. Anggota majlis syura ialah individu yang dapat membuat garis perjalanan umat ini sesuai dengan kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Dengan demikian anggota majlis syura adalah orang yang paling banyak menguasai Al-Quran dan As-Sunnah. “Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri)...” (4:83). Bukhari berkata, “para anggita syura umar ialah para qari.”

2. Orang yang dicalonkan menjadi anggota syura hendaklah yang memiliki reputasi bersih dengan Allah, terpelihara akhlaknya (bukan pelaku dosa). Hal ini kerana, ketika Allah memerintahkan rasulNya bermusyawarah dengan para sahabat, Allah meminta agar Rasulullah saw terlebih dahulu memaafkan mereka atas kesalahan mereka terhadapnya disamping memintakan ampunan Allah atas dosa mereka yang berkaitan dengan Allah sehingga mereka layak bermusyawarah dan menjadi anggota syura. Firman Allah swt “kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (3:159). Dengan syarat ini bererti tidak ada temnpat dalam majlis syura bagi perlaku maksiat dan orang fasik dan ulama yang berdusta.

3. Agenda para khalifah adalah bermusyawarah dengan orang-orang adil dan terpercaya dari para ilmu dalam umat ini pada setiap zaman dan tempat. Bukhari berkata, “Para pemimpin sesudah Rasulullah saw sentiasa meminta pendapat (syura) dengan orang-orang yang terpercaya dari kalangan ahli ilmu”. Al-Qurthubi berkata mengutip dari Sufyan Ats-Tsauri, “Hendaklah orang yang menjadi anggota syura adalah orang yang bertakwa, amanah, dan takut kepada Allah”.

4. Orang-orang bijak menjadi anggota dan mendampingi pemimpinnya. “Hendaklah orang yang mendampingiku adalah orang-orang yang bijak dan mempunyai kemampuan untuk mencegah di antara kamu.” (HR Muslim).

Adapun berkiatan prinsip berkaitan musyawarah Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir mengemukakan pandangannya dengan memberikan beberapa hadith Rasulullah saw. “Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan, maka jika kamu melihat perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan kelompok yang terbanyak.” (HR Ibnu Majah)

Al-Manawai berkata, “Maka hendaklah kamu berpegang dengan kelompok majoriti dari kaum Muslimin, iaini, hendaklah kamu sentiasa mengikuti Jumhur kaum Muslimin, kerana ia adalah kebenaran yang wajib diikuti, dan ketentuan yang sudah pasti yang tidak boleh menyalahinya. Barangsiapa menyalahi maka ia mati dalam jahiliyah.”

Rasulullah saw berkata kepada Abu Bakar dan Umar, “sekiranya kalian berdua bersepakat dalam suatu musyawarah, nescaya aku tidak akan menentang kalian berdua”. (HR Ahmad)

Sabda Nabi saw dari Abu Dzar, “Dua orang lebih baik darpada satu orang, tiga orang lebih baik dari dua orang, empat orang lebih baik dari tiga orang, maka hendaklah kalian berpegang dengan jemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak menghimpun umatku kecuali di atas petunjuk.” (HR Ahmad & Tirmidzi)

Al-Manawi berkata, “Di atas petunjuk iaini kebenaran dan di antara cirri khasnya bahawa kesepakatan mereka merupakan hujah, dan bahawa mereka tidak akan berkumpul di atas kesesatan.” (Syarh Al-Jami’ash Shaghir, Al-Manawi)

Rasulullah saw juga pernah melepas pendapatnya sendiri kerana mengikuti majoriti untuk keluar dari kota Madinah berperang dengan orang-orang Quraisy dalam Perang Uhud. Hal ini menunjukkan dengan jelas wajibnya seorang pemimpin mengikuti pendapat majoriti. Begitu pula kelompok minoriti dalam majlis syura hendaklah beriltizam dengan pendapat tersebut, dan menahan pendapatnya, sekalipun pemimpin berhak kepadanya.

Abu Bakar bermusyawarah dengan para sahabat mengenai peperangan dengan orang murtad. Ia mengikut pendapat majoriti setelah semua sahabat bersepakat. Demikian pula dalam hal penghimpunan Al-Quran, ia mengikuti pendapat majorit sahabat, sekalipun pada mulanya ia sendiri tidak sependapat dengan mereka.

At-Thabari menyebutkan dalam tafsirnya terhadap firman Allah, “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” Iaitu mereka memusyawarahkan di antara mereka, kemudian diputuskan apa yang telah disepakati oleh para pembesar mereka. (Tafsir At-Thabari)

Imam Ghazali berkata, “Jika mereka berselisih pendapat, maka yang dilihat adalah pendapat majoriti.” (Ihya’ Ulumuddin)

Imam Mawardi berkata, “Apabila pengurus suatu masjid berselisih pendapat dalam pemilihan imam, maka yang dipegangi pendapat majoriti.” (Al-Ahkam As-Sulthoniyah)

Pengarang Al-Manar, ketika menafsirkan ayat-ayat peperangan Uhud, berkata, “Walaupun Nabi saw sudah melihat dalam mimpi dan ditafsirkannya seperti apa yang terjadi di Uhud, bahawa tinggal di Madinah akan lebih baik dan menguntungkan, akan tetapi Rasulullah saw tetap mengikuti pendapat majoriti yang memutuskan harus keluar dari kota Madinah.”

Adapun dalam kesimpulannya Hussain Bin Muhammad bin Ali Jabir, MA mengenai prinsip majoriti ini adalah bahawa dalam Islam, tidak ada syura menyangkut masalah yang ada nashnya dan tidak ada ertinya pendapat majoriti di hadapan nash.

sumber:http://muslimkaffah.blogspot.com

Andai mereka tahu akibatnya….

Suatu hari seorang kawan telah bertandang ke rumah saya dan dia telah tertekan satu suis yang akhirnya menyebabakan kami semua terpaksa berpanas dan bergelap sepanjang malam. Rasa ingin tahunya terhadap suis tersebut telah menyebabkan kesusahan kepada dirinya dan juga orang lain. Seandainya dia tahu akibat perbuatannya, mungkin dia tidak akan melakukannya. Suatu hari yang lain seorang saudara saya telah merasa amat menyesal kerana disaman oleh polis akibat melanggar peraturan lampu isyarat. Dia tidak menyedari ada polis dibelakang yang sedang membuat rondaan. Seandai dia tahu kewujudan polis tersebut , mungkin dia akan berhenti dan menunggu sehingga lampu kembali hijau.

Hakikatnya apabila manusia mengetahui akibat terhadap setiap perbuatan yang akan dilakukan, pasti kita akan menjadi manusia yang sangat berhati-hati. Seandainya kita begitu prihatin terhadap akibat yang bakal kita hadapi di dunia, bagaimana pula akibat yang bakal kita hadapi di akhirat?. Sedangkan balasan di akhirat itu pasti. Mereka yang berat timbangan amalnya akan mendapat syurga yang indah dan mereka yang berat timbangan dosanya akan dicampakkan ke dalam neraka yang azabnya terlalu pedih dan memeritkan, kesakitan yang akan berpanjangan dan seksaan yang tiada kesudahan, kepanasan yang membakar dan hidangan yang menjijikkan.

Balasan di akhirat bukanlah sesuatu yang diimaginasikan dan bukan juga sekadar angan-angan kosong. Ia merupakan sesuatu yang pasti! Melihat keadaan umat sekarang hati ini sayu dan penuh kegentaran. Apakah mereka tidak pernah membaca kalam-kalam tuhan yang maha pemurah dan sabda-sabda Rasul Al-mustofa yang penuh keprihatinan terhadap umatnya di akhir zaman. Pada masa ini wanita-wanita tidak segan silu lagi membiarkan perhiasan tubuh mereka dipamerkan tanpa ada seutas pun benang-benang malu. Keindahan mereka yang begitu diperlihara oleh islam dengan begitu eksklusif menjadi barang dagangan di pinggir-pinggir jalan. Lelaki zaman ini pula, begitu gah meratahi daging-daging yang busuk (zina) walau terhidang daging yang segar dan indah. Mereka semakin keliru dalam berpakaian dan berhias sehinnga emas dan sutera menjadi perhiasan di badan-badan mereka. Menjijikkan apabila kehausan umat ini hanya bisa hilang dengan arak, dan masalah mereka hanya akan selesai dengan berhibur. Sebahagian yang lain menjadi laknat apabila berusaha memenuhi naluri yang dikatkan terperangkap dalam jasad yang berbeza.Lelaki berusaha menjadi wanita dan demikian sebaliknya. Anak-anak kecil yang tak berdosa dibunuh tanpa ada rasa kemanusiaan. Aduh, apakah umat ini akan berterusan seperti ini? Pasti tidak seandainya mereka tahu akibatnya.

Ayuh,sedarlah saudara-saudaraku umat akhir zaman, Allah yang maha pengasih telah menerangkan segala-galanya kepada kita agar kita tahu akibat setiap perbuatan kita. Rasul Al-Amin telah menggambarkan kedahsyatan neraka dan seksaan yang dihadapi penghuni-penghuninya. Demikain juga Allah dan kekasihnya telah menerangkan tentang keindahan dan kedamaian syurga sebagai balasan untuk yang beramal dengan amal yang soleh. Ayuh kita segera bertaubat atas segala dosa yang telah kita lakukan kerana hanya yang demikian dapat menghapuskan kemurkaan Allah terhadap kita. Bersegeralah sebelum pintu yang seluas-luasnya dibuka untuk yang ingin kembali ditutup. Kepada saudaraku yang telah menempuh jalan rabbani, memiliki hati nurani yang jernih, dan telah mengetahui akibat setiap perbuatan kita didunia, selamatkanlah umat ini dengan jalan yang ditempuh rasul dan mereka yang telah dikurniakan nikmat dengan menjalankan Al-amru bil ma’ruf wa An-nahyu ‘anil munkar. Semoga kita semua berbahagia dan beroleh nikmat yang tak terhingga serta kekal di dalam syurga kerana itulah sebaik-baik tempat kembali.

Tazkiyah

Sepanjang kehidupan manusia, ketaatan sering kali harus bertempur dengan dua musuh utama iaitu syaitan dan hawa nafsu. Manusia yang berjaya ialah yang mampu menghadapi dan mengendalikan kedua-duanya dengan keimanan dan ketakwaan. Namun, hakikat kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan dosa dan kesalahan. Justeru proses tazkiyah haruslah sentiasa dijalankan agar hati yang Allah anugerahkan tidak buta dan mati. Kematian hati akan menyebabkan manusia tidak mempunyai kuasa dan kemampuan mengendalikan dirinya sendiri dan hidup manusia akan berterusan dalam kemaksiatan dan kegelapan.

Syaitan akan sentiasa menggunakan setiap kesempatan yang diperolehi untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Sumpah dan dendam syaitan tak pernah terpadam sehinggalah hari akhirat. Manusia yang lalai akan sentiasa dibuai dan disesatkan oleh syaitan. Kesedaran terhadap adanya musuh yang nyata ini seharusnya membuahkan kesedaran terhadap perlunya benteng keimanan dikukuhkan. Salah satu kekuatan manusia ialah hati yang bersih, yang disinari cahaya dan yang sentiasa hidup. Hati ini hanyalah bias diperolehi dengan proses tazkiyah yang berkesan dan berterusan.

Berikut ialah langkah-langkah membersihkan hati menurut pandangan imam Al-Ghazali.

1) Musyaratah (meletakkan syarat)

Terlebih dahulu manusia seharusnya syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam kehidupan. Hal ini kerana syarat yang telah wujud akan memerlukan tindakan lanjutan iaitu pemantauan (muroqabah), dan perlu diaudit (muhasabah). Sekiranya tidak dipenuhi maka hukuman (mu’aqabah) dan celaan (mu’atabah) perlu diberikan. Demikianlah pentingnya meletakkan syarat dalam kehidupan. Seawal pagi lagi, kita seharusnya meletakkan pelbagai sasaran yang ingin dicapai sepanjang hari tersebut. Sasaran ibadah, akademik, kerjaya, dan hubungan intrapersonal dan interpersonal. Sasaran ini harus jelas agar kita tidak memandang remeh dan sambil lewa.

2) Muroqobah

Maknanya ialah pengawasan. Muroqobah ialah sebahagian daripada makna ihsan. Bahagian yang lain daripada ihsan ialah musyahadah. Seseorang hamba harus menyedari bahawa Allah sentiasa mengawasi dirinya. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

“ dan diletakkanlah Kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka Kami, kitab Apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak Menganiaya seorang juapun". (Al-Kahfi: 49)

“ pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.” (Ali Imran: 30)

Jelas sekali digambarkan dalam ayat diatas bahawa setiap perbuatan manusia akan diperhatikan, dicatatkan bahkan akan dihisab didepan Allah ‘azza wajalla. Apakah kita masih mampu menmberikan ruang dalam kehidupan kita untuk bermaksiat kepada Allah?.

Seorang hamba tidak terlepas dari 3 keadaan: dalam ketaatan, atau dalam kemaksiatan, atau dalam hal mubah. Muraqabahnya dalam ketaatan ialah dengan ikhlas, menyempurnakan, menjaga adab dan melindunginya daripada segala kecatatan. Jika dalam kemaksiatan maka muraqabahnya ialah dengan taubat,melepaskan, malu dan sibuk dengan tafakkur. Jika dalam hal mubah, maka muraqabahnya dengan menjaga adab dan kemudian menyaksikan pemberi nikmat di dalam kenikmatan yang didapati dan mensyukurinya.

Justeru, hendaklah kita sentiasa memperhatikan syarat-syarat yang telah kita tetapkan dan sejauh mana kita berkomitmen untuk melaksanakannya.

3) Muhasabah

Telah berkata Umar Al-khattab ra. “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah dia sebelum kamu ditimbang”. Oleh yang demikian setelah kita memperuntukkan waktu untuk membuat perancangan di waktu pagi kemudian mengawasi setiap perlaksnaan, maka kita juga perlu untuk memperuntukkan waktu di petang hari untuk kembali menghisab setiap perbuatan yang telah dilakukan samada berupa ketaatan ataupun kemaksiatan.

Seperti dalam perniagaan, proses muhasabah boleh dianologikan sebagai proses audit. Modal kita ialah kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah, kemudian kita berusaha menjalani kehidupan sebaik yang mungkin. Maka kita perlu menghitung nilai keuntungan yang diperolehi ataupun kerugian yang ditanggung. Keuntungan dan kerugian ini diketahui melalui proses audit. Maka keuntungan daripada modal kehidupan ialah amal oleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan kerugian akan ditanggung akibat daripada perbuatan maksiat yang dilakukan.

Jika kehidupan ini dilalui dengan benar maka sesorang itu akan beroleh ketenangan, jika telah berlalu kewajipan tanpa sempat dilaksanakan maka hendaklah diqadha, jika kewajipan dijalankan dengan kurang sempurna maka disusuli dengan amalan sunat, jika banyak maksiat dilakukan maka disusuli dengan taubat dan amalan kebajikan. Keadaan ini ialah natijah daripada proses muhasabah.

4) Mu’aqabah

Telah dimaklumi bahawa manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini diketahui dengan jalan muhasabah. Muhasabah melahirkan rasa insaf dan menyesal manakala mu’aqabah meneguhkan kedua-duanya. Para sahabat juga sering mengiqab diri apabila melakukan kesalahan dan kekhilafan. Abu Talhah telah menginfakkan seluruh kebunnya kerana hatinya tidak khusyuk apabila melihat burung yang melintas dalam kebunnya. Begitu juga Umar ra yang saban malam memukul kakinya dengan cemeti seraya berkata; Apa yang telah kau lakukan pada hari ini? Demikian juga beliau yang telah menginfakkan tanahnya membebaskan dua orang hamba kerana terlewat solat maghrib. Justeru hendaklah kita mengiqab diri kita sesuai dengan kemampuan diri dan bertentangan dengan keinginan nafsu syahwat agar diri kita lebih ingat dan ampuh dalam menghadapi kehidupan.

5) Mujahadah

Mujahadah boleh dicapai melalui dua jalan iaitu membaca khabar dan kelebihan mereka yang bermujahadah dan seterusnya ialah bersahabat atau berdampingan dengan orang yang bermujahadah. Telah berkata seseorang “ apabila aku merasa lesu dalam beribadah, aku akan melihat keadaan Muhammad bin Wasi’ dan mujahadahnya lalu aku melakukan hal itu selama seminggu”. Mujahadah sangat diperlukan untuk melaksanakan segala perancangan dan menjalankan iqab yang telah diberikan. Kisah-kisah para sahabat yang telah disebut pada bahagian mu’aqobah ialah gambaran mujahadah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keimanan kepada Allah. Allah Swt juga akan membuka ruang yang luas kepada golongan yang bermujahadah untuk mendekatiNya.

“ dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabut:69)

6) Mu’atabah

Sememangnya nafsu syahwat manusia sangat suka dipuji dan dipuja. Apabila dipuji manusia akan tenggelam dalam alam khayalan yang sia-sia. Seorang yang alim akan menjadi lalai dengan pujian demikian juga abid dan para pendakwah. Oleh yang demikian, diri kita harus dicela untuk kembali berpijak di bumi yang nyata dan kembali menyedari hakikat ‘ubudiyyah kepada Allah. Celaan ini bukanlah dilakukan dihadapan manusia sehingga menjatuhkan maruah dan mehilangkan tsiqah. Terdapat golongan yang kononnya mencela diri dihadapan manusia tetap hakikatnya bermaksud untuk dikatakan zuhud dan tawadduk yang akhirnya membuahkan riya’. Sebaliknya celaan ini harus dilakukan dihadapan Allah dalam setiap doa dan munajat kita kepadaNya. Mengadulah dan bongkarlah segala kelemahan diri dihadapan Allah dengan penuh khusyuk dan tawadduk kerana dia lebih mengetahui segala kekurangan, kelemahan, dan maksiat yang kita lakukan. Celaan ini wajar dilakukan agar kita menyedari betapa kerdilnya kita dihadapan Allah yang maha agung dan maha sempurna.

Ayuhlah kita kembali menyucikan hati yang penuh dengan kekotaran dan daki kemaksiatan. Kegelapan hati inilah yang menghalang dahi kita sujud mnyembah kepadaNya, yang menghalang mata darpada mengalirkan air keinsafan, dan yang menghalang minda berfikir atas kebesaran tuhan. Jadilah hamba yang bersyukur atas segala kurnia yang tidak terhingga dengan banyak berzikir, beribadah, dan bertaubat kepadaNya. Siapalah diri kita berbanding zatNya, dan apalah yang ada pada dunia jika dibandingkan dengan syurgaNya. Ayuh merangkaklah, berjalanlah dan berlarilah menuju keampunan dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. (wallahu’alam)

“dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (Ali Imran :133)

sumber:Muslimkaffah

Al-mumtahanah

Tafsir Surah Al-mumtahanah

Ayat 1-3

Al-mumtahanah bererti perempuan yang diuji. Nama surah ini diambil pada perkataan “famtahinuhunn” pada ayat ke-10 surah ini. Menurut Prof Dr. Hamka(PDH) surah ini berkaitan wanita-wanita yang bersama-sama berhijrah meninggalkan kota Makkah ke kota Madinah. Mereka telah meninggalkan kaum keluarga termasuk para suami yang masih musyrik.Surat ini sejak ayat pertama sehingga ayat yang akhir menunjukkan sikap orang yang beriman terhadap orang kafir.

Syed Qutb menggambarkan surah ini sebagai salah satu episod daripada silsilah dakwah dan tarbiyyah Rasulullah yang panjang.Ia membangun misi Rabbani dengan penuh nilai-nilai ketuhanan yang murni dan ikhlas semata-mata kerna Allah.

Justeru, marilah kita sama telusuri dan menghayati kalam-kalam Allah yang mulia yang terkandung dalam surah yang sharif ini:

1. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.
2. Jika mereka dapat Menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh Yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu Dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
3. Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). dan (ingatlah), Allah Maha melihat Segala Yang kamu kerjakan.

Jumhur ulama tafsir sepakat mengatakan bahawa Asbabun Nuzul ayat ini ialah berkaitan peristiwa yang berkaitan sahabat yang bernama Haathib b. Abu Baltha’ah. Perisiwa ini berkaitan Haathib yang telah meminta bantuan seorang wanita bernama sarrah yang datang ke Madinah dari Makkah untuk membawa satu surat memberitahu penduduk musyrik Makkah tentang perancangan kaum mu’min menyerang kota Makkah. Peristiwa ini telah diketahui oleh baginda rasul, lantas baginda telah memerintahkan Ali b. Abi Thalib, Zubair Al-awwam, dan Abu Murtsid ( Al-Maghari menambah Ammar,Talhah, dan al-Miqdad) supaya pergi ke satu lembah bernama “khah” dan menghalang wanita tersebut.
Lantas Haathib dibawa berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan baginda bertanya tentang hal tersebut. Maka Haathib memberikan alasan yang diterima oleh baginda rasul dan menimbulkan kemarahan Saidina Umar tetapi ditegur oleh baginda rasul.Menurut Syed Qutb kisah tentang Hathib ini diriwayatkan secara mutawatir walaubagaimanapun yang meghubungkan ayat ini dengan kisah Haathib hanya ada pada riwayat Bukhori(Al-Maghozi). Kita tidak perlu menafikan asahnya riwayat Bukhori namun kandungan Al-quran lebih jauh jangkauaannya.

Ayat 1

Auliya’ yang disebut dalam ayat ini bukanlah sekadar merujuk kepada penolong kerana perkataan ini dalam bahasa arab boleh membawa maksud pemimpin, pemuka, sahabat karib dan orang yang melindungi. Hal ini bersesuaian dengan Haathib yang meminta tolong kepada kaum musyrikin untuk membela kaum keluarganya. Perbuatan Haathib ini dianggap sebagai satu pengkhianatan walaupun dia lakukan atas dasar cinta.Allah telah mengingatkan bahawa mereka telah menjadi musuh Allah kerana mereka kufur( Prof. Dr. Hamka). Al-Maraghi mengatakan bahawa Allah menyatakan 2 alasan untuk memisahkan persahabatan antara kaum muslim dan musyrik.
i)Mereka telah kufar setelah datang rasul dan al-quran
ii)Mereka mengusir rasul dan sahabat-sahabatnya
PDH menerangkan sebab kedua sebagai sikap permusuhan terbesar yang ditunjukkan kaum musyrik ke atas orang beriman. Allah telah menegaskan dalam ayat ini bahawa siapa yag berjihad untuk mencari keredhaan-Nya maka tidak boleh berteman dengan orang musyrik.Allah telah memberi peringatan pada penghujung ayat ini.

Ayat 2

Dalam ayat ini jelas menggambarkan, walaupun orang beriman memecahkan rahsia atas dasar cinta mereka tetap akan menjadi musuh. Hal ini kerana seandainya orang musyrik menang dalam peperangan tersebut maka mereka tidak akan bersahabat atau membela orang yang beriman yang membantu mereka. Al-maraghi dengan jelas menyatakan dalam tafsirnya bahawa akan berlaku 3 keadaan seandainya kemenangan berpihak kepada kaum musyrik:
i) Mereka akan menjadi musuh
ii) Mereka akan melemparkan tangan dan lidah untuk menyakiti mu’minin secara fizikal dan emosi
iii) Mereka menginginkan kekafiran terhadap orang beriman
Syed Qutb dalam tafsirnya menjelaskan bahawa keadaan yang ketiga paling teruk.Hal ini kerana, perkara itu bagi setiap mu’min lebih keras dan menyakitkan daripada penyeksaan lain samada tangan dan lisan daripada orang kafir. Musyrikin menginginkan kerugian terbesar dalam hal yang paling dicintai orang beriman.

Prof Dr. Hamka pula memberi satu konklusi bahawa ayat ini secara langsung menggambarkan akibat yang bakal ditanggung orang beriman seandainya kalah dalam peperangan.

Ayat 3

Prof Dr. Hamka mengatakan seandainya pegangan hidup sudah berbeza maka tiada lagi manfaatnya mempertahan keluarga. Sirah telah membuktikan bahawa hal inilah yang telah memisahkan Abu Quhafah dan Abu Bakar, dan Abu Bakar dengan Abdurrahman. Keadaan ini juga memisahkan para anbiya’ seperti Nuh a.s dan Luth a.s dengan keluarga mereka, serta Asiah dengan suaminya Firaun Laknaatullah ‘alaih. Syed Qutb menegaskan bahawa tiada ikatan lain yang dapat mengikat hati manusia kepada Allah melainkan ikatan iman. Pada penghujung ayat ini Allah telah memberikan peringatan yang jelas bahawa dia maha mengetahui segala sesuatu.

Istifadat min as-sirah

Dalam sirah ini terdapat beberapa pengajaran yang harus diambil oleh setiap manusia terutamanya para pendakwah sebagai pedoman.

Peristiwa Haathib ini menggambarkan dengan jelas bahawa hakikat fitrah manusia itu amat mencintai kaum kerabat.Justeru kita perlu berhati-hati dalam hal kecintaan ini kerana Allah ebih layak untuk kita cintai atas segala sesuatu.Maka kecintaan kita terhadap sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah harus dijauhi. Walaubagaimanapun hal ini tidak bermaksud menafikan hak kaum kerabat untuk dicintai oleh kita. Justeru kita harus memahami al-quran secara keseluruhannya bagi memahami hal ini. Allah telah melaknat mereka yang beriman dengan sebahagian al-quran an kufur pada sebahagian yang lain.

Syed Qutb menjelaskan bahawa peristiwa ini mengandungi satu makna yang mendalam bahawa setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Lihat bagaimana Haathib sebagai seorang ahli badr yang tidak perlu dipertikaikan keimanannya masih lagi melakukan kesalahan. Justeru, kita harus memahami bahawa kita dan sesipa sahaja akan tetap melakukan kesalahan walupun benar pada pandangan kita. Hal ini terjadi kerana Haathib tidak bermksud mengkhianat kerana hal tersebut dilakukannya atas dasar fitrah mahabbah insani. Keimanan dan kejujuran Haathib jelas apabila beliau mengatakan “ aku ingin mendapatkan bantuan Quraisy yang dengannya Allah melindungi keluargaku an harta bendaku” apabila ditanya oleh baginda rasul. Jelas disini menunjukkan bahawa beliau yakin yang memelihara keluarganya ialah Allah, Quraisyun hanyalah sebagai wasilah terbaik pada pandangannya.

Keindahan dan akhlak Rasulullah yang agung tergambar dengan jelas dalam ayat ini bahawa baginda tidak terburu-buru dalam menghukum Haathib walaupun kesalahannya begitu jelas. Malahan bginda bertanya terlebih dahulu kepda Haathib dengan penuh kasih-sayang dan dada yang lapang sebab perbuatannya itu. Hal inilah yang perlu dicontohi oleh para murobbi. Haruslah mereka bertanya terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang konklusi terhadap kesalahan murobba. Mereka haruslah medengar alasan yang diberikan oleh murobba dengan dada yang lapang dan fikiran yang tajam tanpa sedikitpun perasaan prejudis. Adalah lebih baik melihat kesalahan yang ada pada diri kita terlebih dahulu tanpa menafikan kesalahan yang dilakukan mereka seperti yang telah ditunjukkan oleh nabi Sulaiman a.s. Sikap ini penting kepada seorang murobbi dalam memastikan keadaan sentiasa tenang. Sikap ini dapat mengawal sikap agresif murobba lain dalam memberikan konklusi dan solusi terhadap sesuatu masalah.

Rujukan:
i) Syed Qutb,Tafsir Fi Zilalil Quran,Jilid 22,Gema Insani
ii)Prof Dr. Hamka,Tafsir Al-Azhar Juzu’ XXVIII,Pustaka Panjimas
iii)Ahmad Musthafa Al-Maraghi, Tafsir Al-Maraghi,Jilid 28,CV Toha Putra Semarang

sumber:http://muslimkaffah.blogspot.com/search/label/Al-quran%20dan%20sunnah

Islam Kaffah

Islam Kaffah

ALLAH SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS Al-Baqarah, 2/208)

SABAB NUZUL

Sabab nuzul ayat ini menurut Imam Al-Baghawi [1] berkaitan dengan masuk Islamnya seorang Ahli Kitab Yahudi Bani Nadhir bernama AbduLLAH bin Salam dan teman-temannya, namun setelah memeluk Islam ia tetap menganggap mulianya hari Sabtu & tidak mau memakan daging unta, kemudian mereka pun menyatakan: “Wahai RasuluLLAH, bukankah Taurat itu adalah KitabuLLAH? Maka izinkan kami tetap membacanya dalam shalat-shalat malam kami?” Maka turunlah ayat ini. Hadits ini disebutkan pula oleh pengarang kitab Jallalain dalam tafsirnya [2] dan pengarang kitab Al-Wajiz [3].

Sementara pengarang kitab Zaadul Masiir menyatakan [4] bahwa ada 3 pendapat berkaitan dengan nuzul-nya ayat ini: Pertama, ia berkaitan dengan peristiwa Ibnu Salam (sanadnya dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas ra), kedua ia berkaitan dengan Ahli Kitab yang tidak mau beriman pada nabi Muhammad SAW (sanadnya diriwayatkan juga - tapi menggunakan kata ruwiya ‘an - dari Ibnu Abbas ra, disebutkan juga oleh Adh Dhahhak), ketiga ia diturunkan untuk kaum muslimin agar mengimani & melaksanakan semua syariat Islam (sanadnya diriwayatkan oleh Mujahid & Qatadah ra).

TAFSIR AYAT

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya [5] menafsirkan maknanya sebagai: “Masuklah ke dalam ketaatan seluruhnya.” Ia menyitir pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Abul ‘Aliyah, Ikrimah, Rabi’ bin Anas, As-Suddiy, Muqatil bin Hayyan, Qatadah, Adh-Dhahhak, berkata mereka bahwa makna ( كافة ) dalam ayat tersebut: “Beramallah dengan semua amal & seluruh bentuk kebajikan.”

Imam At-Thabari dalam tafsirnya [6] memilih pendapat yang menafsirkannya: “Masuklah ke dalam Islam keseluruhannya.” Iapun menyitir atsar lainnya dari Mujahid, Qatadah, Ibnu Abbas, As-Suddiy, Ibnu Zaid dan Adh-Dhahhak yang berpendapat demikian. Ini pula pendapat Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya [7], demikian pula Imam Al-Baghawi [8], dan pengarang kitab Fathul Qadir [9].

KARAKTERISTIK ISLAM DAN MUSLIM

Islam adalah agama yang memiliki karakteristik yang khusus dan sempurna, karena ia diturunkan dari yang Maha Sempurna. Dan Allah SWT menurunkan Islam semata-mata untuk mengangkat, meninggikan, memuliakan dan menyempurnakan hamba2-Nya, karena ia tidak memiliki kepentingan (vested interest) sedikit pun atas manusia. Oleh karena itu maka seorang yang berinteraksi dengan Islam secara benar maka secara logika ia pastilah akan terbentuk, tercelup dan tersempurnakan (QS 2/138) oleh sistem yang paling sempurna (QS 5/3) yang diturunkan oleh yang Maha Sempurna melalui hambanya yang paling sempurna (QS 68/3-4).

Maka jika kita melihat kondisi kaum muslimin tidak sebagaimana karakteristik yang dipaparkan dibawah ini, maka penyebabnya adalah 1 diantara 2 hal: Apakah ia adalah seorang yang hanya memiliki pemahaman Islam yang minim dan seadanya sehingga ia tidak mampu menikmati dan menyerap seluruh nilai-nilai Islam itu dengan baik; atau ia adalah seorang yang berprasangka buruk terhadap Islam, menganggapnya sebagai cerita kuno dan identik dengan keterbelakangan sehingga ia tidak mau menyisakan waktunya untuk mempelajari Islam dengan teliti dan sunguh-sungguh.

Untuk kelompok pertama solusinya adalah dengan mempelajari Islam secara teliti dan sungguh-sungguh, bukankah anda telah memilih untuk memeluk agama ini? Maka mengapakah anda menyiksa diri anda dengan keraguan tanpa berusaha untuk memuaskan keraguan fikiran dan jiwa anda terhadap agama yang telah anda pilih ini?!

Dan untuk kelompok kedua, maka dapat dikatakan bahwa anda tidak bersikap obyektif dan adil terhadap Islam. Bagaimana anda telah mempelajari ilmu pengetahuan yang anda pelajari saat ini dengan sungguh-sungguh, bertahun-tahun lamanya, dengan membaca berbagai buku dan media, melakukan berbagai percobaan, survai dan eksperiman, mengalami keberhasilan dan kegagalan silih berganti, sampai akhirnya anda berhasil saat ini; sementara sebaliknya terhadap Islam, hanya dengan membaca dan mendengar seadanya tanpa usaha yang keras anda sudah menyimpulkan bahwa Islam identik dengan kebodohan dan keterbelakangan, apakah ini sebuah sikap yang ilmiah dan obyektif?!

Adapun karakteristik seorang muslim sebagai dampak dari Islam yang dipelajari, difahami dan diamalkannya dengan benar dan konsisten tersebut antara lain adalah:

1. Islam adalah agama yang membersihkan penganutnya dari syirik dan Islam paling sesuai dengan fitrah kemanusiaan; maka seorang muslim yang benar seharusnya menjadi seorang yang ikhlas dan lurus fitrahnya (QS 39/2;11;14, 7/172, 30/30).

2. Islam adalah agama yang sangat sarat dengan nilai-nilai dan aturan; maka seorang muslim seharusnya menjadi seorang yang bermutu dan teratur (QS 43/4, 36/1-2).

3. Islam adalah agama moralitas dan hukum; maka seorang muslim akan menjadi orang yang bermoral dan bijaksana (QS 4/36;105).

4. Islam adalah agama kebersihan dan kesucian; maka seorang muslim seharusnya menjadi orang yang bersih fisiknya serta suci jiwanya (QS 9/108).

5. Islam adalah agama ilmu dan amal; maka seorang muslim seharusnya menjadi seorang alim yang aktif beramal (QS 47/19, 2/44).

6. Islam adalah agama Ilmu dan pemikiran; maka seorang muslim haruslah menjadi seorang alim yang pemikir (QS 9/122).

7. Islam adalah agama aktifitas dan pahala; maka seorang muslim haruslah menjadi seorang aktifis yang senantiasa optimis akan ganjaran Allah SWT atas setiap pekerjaannya.

8. Islam adalah agama kekuatan dan tanggungjawab; maka seorang muslim seharusnya menjadi orang yang kuat dan dapat dipercaya (QS 28/26).

9. Islam adalah agama kemuliaan dan kasih-sayang; maka seorang muslim harus menjadi seorang yang mulia tapi penyayang (QS 9/128, 49/10).

10. Islam adalah agama negara dan ibadah; maka seorang muslim akan menjadi seorang politisi yang ahli ibadah (QS 73/20).

11. Islam merupakan agama senjata dan al-Qur’an; maka seorang muslim akan menjadi seorang mujahid yang rabbani / ahli ibadah (QS 9/111, 3/79).

12. Islam adalah agama harakah dan peraturan; maka seorang muslim akan menjadi seorang aktifis yang teratur/tidak serabutan dan sembrono (QS 9/38-39, 16/125)

ISLAM SEBAGAI SISTEM YANG MENGATUR SELURUH ASPEK KEHIDUPAN MUSLIM

Jika kita membaca dan mempelajari Tafsir al-Qur’an, baik yang dikarang oleh ulama terdahulu (salaf) maupun kontemporer (khalaf), maka akan kita dapatkan definisi cakupan Islam sebagai sistem yang memberi arahan kepada semua aspek kehidupan muslim. Dari masalah yang remeh seperti mengenai cara berjalan dan berbicara (QS 31/19) sampai dengan masalah besar seperti hukum dan undang-undang (QS 5/48-49) dapat ditemui arahannya di dalam al-Qur’an dan as-sunnah. Secara lengkap pengarahan Islam dalam al-Qur’an mengenai berbagai aspek kehidupan muslim, dapat disebutkan sebagai berikut:

1. Islam sebagai agama dan idiologi (QS 6/162-164)
2. Islam sebagai sistem yang mengatur moralitas dan tingkah-laku (QS 17/23-37)
3. Islam sebagai pedoman yang mengarahkan perasaan (QS 57/22-23, 4/104)
4. Islam sebagai pedoman dalam sistem pendidikan (QS 96/1-5, 3/164)
5. Islam sebagai pedoman dalam sistem sosial kemasyarakatan (QS 49/11-13, 24/11-17)
6. Islam sebagai pedoman dalam sistem politik dan kenegaraan (QS 4/59)
7. Islam sebagai pedoman yang mengatur sistem perekonomian (QS 2/3, 59/7, 9/60;103)
8. Islam sebagai pedoman dalam sistem kemiliteran (QS 8/39,60-61)
9. Islam sebagai pedoman dalam sistem hukum dan perundangan (QS 5/50)

Wallahu waliyyu at-Taufiiq…

Catatan Kaki:

[1] Tafsir Al-Baghawi, I/240

[2] Tafsir Jallalain, I/41

[3] Tafsir Al-Wajiz, I/160

[4] Tafsir Zaadul Masiir, I/224

[5] Tafsir Ibnu Katsir, I/335

[6] Tafsir At-Thabari, II/335

[7] Tafsir Al-Qurthubi, III/26

[8] Tafsir Al-Baghawi, I/240

[9] Tafsir Fathul Qadir, I/321


Dipetik daripada al-ikhwan.net

RISALAH IMAN (siri 1)

RISALAH IMAN (siri 1)

Kini, manusia hanyalah seperti binatang bahkan lebih sesat, jijik dan hina daripada itu. Maka benarlah firman ALLAH dalam al-quran (7:179). Persoalan yang wajar bermain dalam benak kita ialah “ mengapakah keadaan manusia seperti ini, sedangkan manusia kini menguasai sains dan teknologi, mampu menjelajah ke dalam dasar bumi, meneroka segenap cerekawala,merentas samudera,meredah sempadan geografi dunia dan bercakap dengan pelbagai teori dan fakta walau berdusta?.Jawapan ini tidak pernah kita peroleh dengan asal fikiran manusia yang dangkal. Maka jelajahilah al-quran dan telusurilah sunnah, nescaya kita akan menemui jawapannya.
Ketahuilah ikhwati al-ahibba’ jawapannya ialah IMAN
Manusia akan terus bersikap dan berakhlak jahiliyyah sehinggalah iman meresap masuk ke dalam hati mereka lantas membuang karat-karat jahiliyyah,menyuci dan menyinarkan cahaya dalam jasad mereka, mengubah fikrah dan akhlak mereka,dan mencorak hidup mereka sekaligus lahirlah individu baru hasil celupan iman dan taqwa (2:138)
dan berjalan bersama cahaya di tengah-tengah masyarakat(6:122)
Manusia tanpa iman akan hidup dalam dimensi yang mereka sendiri ciptakan,keindahan yang mereka sendiri bayangkan dan kejayaan yang mereka sendiri iktiraf. Jauh disudut hati mereka, ingin sekali mereka terbang tapi tiada sayap, ingin mendarat tiada tanah lapang, ingin berenang tiada kekuatan,ingin kembara tiada daya,ingin berlari terikat kaki,ingin tidur dialas duri,dan ingin hidup tada erti.
Iman menjadikan manusia yang hina menjadi mulia dan mampu berdiri dengan teguh dan tetap pada dunia hakiki tanpa sangsi. Kata-kata serta perilaku mereka sejajar dengan kehendak rabb. Pemikiran mereka bebas daripada pengaruh toghut dan hawa nafsu.
Kalimah iman merupakan kalimah yang kukuh seumpana pohon yang akarnya terpasak kukuh ke dalam bumi dan cabangnya di langit membiru (14:24). Lantas pohon keimanan ini akan menghasilkan buah yang enak dan segar (14:25) dengan izin Tuhannya. Hal ini berbeza dengan Kalimah Khabisah yang tidak ada tempat di muka bumi. Pohon Khabisah ini hanya akan ditebang dan dibuang seandainya tumbuh di bumi(14:26)
Orang yang beriman sentiasa dalam perhatian Tuhannya dan mereka akan memperoleh pertolongan dan ketenangan.(9:40).
INGATLAH kalimah ALLAh lah yang tetap akan tinggi sedang seruan jahiliyyah itu tataplah yang terendah dan terhina.
IMAN MENJADIKAN…………………
Seorang hamba kenal akan tuannya dan sedia berkhidmat tanpa mengira masa dan kelelahan yang ditanggung……
Seorang pencinta akan mengenali kepada siapa yang harus lebih dia cintai dan mempunyai misi cinta yang jelas serta kepada siapa yang harus dibenci………..
Dan….
seorang daie’ akan tetap terus berdakwah meski dihina, akan terus berjalan walupun kepatahan dan kelelahan, akan terus berjuang walaupun kelumpuhan, dan akan terus berjihad selagi syahid belum mengundang…

sumber:http://muslimkaffah.blogspot.com/search/label/Akidah

Carilah video bermanfaat ,hati-hati , tapis sendiri.