Tuesday, March 3, 2009

RISALAH IMAN (siri 1)

RISALAH IMAN (siri 1)

Kini, manusia hanyalah seperti binatang bahkan lebih sesat, jijik dan hina daripada itu. Maka benarlah firman ALLAH dalam al-quran (7:179). Persoalan yang wajar bermain dalam benak kita ialah “ mengapakah keadaan manusia seperti ini, sedangkan manusia kini menguasai sains dan teknologi, mampu menjelajah ke dalam dasar bumi, meneroka segenap cerekawala,merentas samudera,meredah sempadan geografi dunia dan bercakap dengan pelbagai teori dan fakta walau berdusta?.Jawapan ini tidak pernah kita peroleh dengan asal fikiran manusia yang dangkal. Maka jelajahilah al-quran dan telusurilah sunnah, nescaya kita akan menemui jawapannya.
Ketahuilah ikhwati al-ahibba’ jawapannya ialah IMAN
Manusia akan terus bersikap dan berakhlak jahiliyyah sehinggalah iman meresap masuk ke dalam hati mereka lantas membuang karat-karat jahiliyyah,menyuci dan menyinarkan cahaya dalam jasad mereka, mengubah fikrah dan akhlak mereka,dan mencorak hidup mereka sekaligus lahirlah individu baru hasil celupan iman dan taqwa (2:138)
dan berjalan bersama cahaya di tengah-tengah masyarakat(6:122)
Manusia tanpa iman akan hidup dalam dimensi yang mereka sendiri ciptakan,keindahan yang mereka sendiri bayangkan dan kejayaan yang mereka sendiri iktiraf. Jauh disudut hati mereka, ingin sekali mereka terbang tapi tiada sayap, ingin mendarat tiada tanah lapang, ingin berenang tiada kekuatan,ingin kembara tiada daya,ingin berlari terikat kaki,ingin tidur dialas duri,dan ingin hidup tada erti.
Iman menjadikan manusia yang hina menjadi mulia dan mampu berdiri dengan teguh dan tetap pada dunia hakiki tanpa sangsi. Kata-kata serta perilaku mereka sejajar dengan kehendak rabb. Pemikiran mereka bebas daripada pengaruh toghut dan hawa nafsu.
Kalimah iman merupakan kalimah yang kukuh seumpana pohon yang akarnya terpasak kukuh ke dalam bumi dan cabangnya di langit membiru (14:24). Lantas pohon keimanan ini akan menghasilkan buah yang enak dan segar (14:25) dengan izin Tuhannya. Hal ini berbeza dengan Kalimah Khabisah yang tidak ada tempat di muka bumi. Pohon Khabisah ini hanya akan ditebang dan dibuang seandainya tumbuh di bumi(14:26)
Orang yang beriman sentiasa dalam perhatian Tuhannya dan mereka akan memperoleh pertolongan dan ketenangan.(9:40).
INGATLAH kalimah ALLAh lah yang tetap akan tinggi sedang seruan jahiliyyah itu tataplah yang terendah dan terhina.
IMAN MENJADIKAN…………………
Seorang hamba kenal akan tuannya dan sedia berkhidmat tanpa mengira masa dan kelelahan yang ditanggung……
Seorang pencinta akan mengenali kepada siapa yang harus lebih dia cintai dan mempunyai misi cinta yang jelas serta kepada siapa yang harus dibenci………..
Dan….
seorang daie’ akan tetap terus berdakwah meski dihina, akan terus berjalan walupun kepatahan dan kelelahan, akan terus berjuang walaupun kelumpuhan, dan akan terus berjihad selagi syahid belum mengundang…

sumber:http://muslimkaffah.blogspot.com/search/label/Akidah

0 comments:

Carilah video bermanfaat ,hati-hati , tapis sendiri.