Tuesday, March 3, 2009

RISALAH IMAN (siri 2)

Iman menurut pengertian yang sesungguhnya ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi sepenuh pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Jadi iman bukanlah semata-mata ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan tentang rukun iman.
Justeru iman bukanlah terletak pada lidah sang dai’e kerana hal ini jauh terpesong daripada pengertian iman yang sebenarnya. Bukankah perbuatan seperti ini lebih dekat dengan sifat orang munafik seperti yang digambarkan oleh ALLAH di dalam Al-quran (2:8-9). Mereka hanya bersaksi dengan lidah mereka sedang dalam hati mereka penuh dengan kegelapan jahiliyyah lantas ALLAH yang maha bijaksana yang mengetahui pendustaan mereka telah menolak kesaksian mereka terhadap iman.
Seringkali kita menganggap kita telah beriman, apabila menilai ibadah yang telah kita lakukan. Malang sekali seandai kita masih belum memahami makna iman sebenarnya. Hal ini kerana amal perbuatan kita semata-mata masih belum cukup untuk melertakkan kita dalam kelompok orang beriman. Hal ini bertepatan dengan firman ALLAH (4:142). Iman itu bukan pula semata-mata mengerjakan amal-amal syiar yang biasa dikerjakan oleh orang beriman. Hal ini kerana betapa ramai pembohong-pembohong yang bisa menzahirkan amal mereka dengan penuh khusyuk tetapi hati mereka kosong daripada rasa ikhlas, cinta ,dan harap.
Iman juga bukanlah sekadar mengetahui hakikat iman. (An-Naml:14)(2:146).Justeru sekali lagi kita menyedari bahawa iman tidak mungkin kita peroleh sekadar menghadiri kuliah-kuliah ataupun halaqah tetapi kita perlu bermujahadah dalam memahami dan mengintepretasikan iman dalam kehidupan
Ayuh kita menilai diri kita, adakh kita telah beriman?
Tidak malukah kita untuk kita mengaku kita beriman sedagkan kita masih bergmbira melakukan MAKSIAT kepada ALLAH, masih enak menghabiskan masa kita dengan perkara-perkara LAGHO, masih berDENGKI sesama muslim, dan masih membiarkan diri kita dikuasai oleh SYAITAN dan HAWA NAFSU.
Wahai ikhwah sekaian,
Sedarlah bahawa iman itu masih terlalu jauh daripada kita.Lantas, apakah masih ada ruang untuk kita berlengah.Adakah kita ingin membiarkan kematian menjemput kita sebelum sempat kita merasai kemanisan iman seperti yang dirasai oleh para rasul dan sahabat.
Cukuplah maksiat yang telah kita lakukan selama ini.
Ayuh mari kita segera bangun daripada lena yang dibuai oleh syaitan dan hawa nafsu,
Ayuh kita bangkit sebagai pejuang keimanan yang tidak pernah kenal erti kalah dan putus harap.
Ayuh kita lalui jalan ini,(12:108) jalan para nabi dan shuhada’
Ayuh kita hadapi segala kesakitan yang ada pada jalan ini hanya untuk merasai manisnya iman dan indahnya syurga
Masa yang kita ada kian suntuk, janganlah lagi berlengah kerana jalan ini hanya bisa ditempuhi oleh orang yang bersegera dan kental
Ayuh kita hidup dan mati sebagai orang yang beriman.
Belum tiba lagikah waktunya…..? (57:16)

0 comments:

Carilah video bermanfaat ,hati-hati , tapis sendiri.